
Penduduk
Beli dari orang sekitar, sokong peniaga setempat. Semuanya di satu halaman.
Marketplace untuk residensi, taman, kelab, alumni atau pejabat anda. Ahli buka kedai, ahli beli, bayar terus kepada penjual, kemudian ambil berdekatan atau dihantar.
Residensi Harmoni · 24 kedai

Beli dari orang sekitar, sokong peniaga setempat. Semuanya di satu halaman.

Jual barang sedia ada, pra-pesan atau servis. Stok, pesanan dan bayaran diurus untuk anda.
Mahu yang lebih teratur? Naik taraf ke JomSupport. Klik sini untuk banding →

JMB/MC, persatuan penduduk atau pengurusan mall: buka halaman komuniti, beri kod sertai kepada penjual dan luluskan mereka.
Servis dalam komuniti juga ada: gunting rambut, servis aircond, tuisyen, ejen takaful. Penduduk nampak mereka di halaman komuniti, kemudian tempah di laman kedai mereka sendiri atau melalui WhatsApp (tempahan servis tidak masuk ke troli).
Dekat atau jauh: ambil di lobi, atau dipos ke seluruh Malaysia.

Ahli di seluruh Malaysia: barang dipos ke rumah, bayar terus kepada penjual.

Rakan sepejabat jual dan beli; servis seperti gunting rambut, aircond dan tuisyen ditempah terus.
Masalah biasa jual beli dalam group WhatsApp, dan cara JomSekitar selesaikannya.
Penjual
Jualan tenggelam dalam chat sebab ahli ramai, dan pembeli tak perasan?
Dengan JomSekitar: Semua kedai di satu halaman komuniti, tersusun ikut Makanan, Barang dan Servis. Pembeli nampak jualan anda bila-bila masa.
Penjual
Platform lain potong komisen setiap jualan, dan duit ditahan berhari-hari?
Dengan JomSekitar: Hanya RM10 untuk 30 hari di setiap komuniti, tanpa potongan jualan. Duit jualan terus masuk akaun anda: JomSekitar tak pegang, tak perlu tunggu duit rolling.
Penjual
Kena keep track balik siapa order, siapa dah bayar, dan kadang-kadang terlepas pandang?
Dengan JomSekitar: Setiap pesanan masuk ke senarai anda dengan status bayaran dan langkah seterusnya. Satu tekan untuk "Sedia diambil".
Penjual
Stok tinggal 1, dua orang PM serentak. Pening siapa dapat?
Dengan JomSekitar: Siapa pesan dulu, barang ditahan untuknya 15 minit, dan pembeli lain terus nampak "Habis". Tiada resit dalam 15 minit? Barang dilepaskan semula secara automatik.
Pembeli
Tak tahu siapa jual apa, dan kena DM setiap penjual seorang-seorang?
Dengan JomSekitar: Cari dan pilih dari banyak penjual, hantar sekali gus dalam satu troli. Tiada app untuk dipasang.
Pembeli dan penjual
Resit hilang dalam chat, dan penjual susah nak semak siapa dah bayar atau belum?
Dengan JomSekitar: Pembeli bayar semua kedai di satu halaman dan dapat emel bukti bayaran. Penjual nampak setiap resit pada pesanannya, sudah bayar atau belum, dan lulus dengan satu tekan.
Semua barang dan servis komuniti anda dalam satu halaman: makanan, barang dan servis.
Masukkan ke troli barang yang ada sekarang, atau pra-pesan untuk kemudian. Dari banyak kedai sekali gus.
DuitNow QR dan resit, atau dalam talian. JomSekitar tidak pegang wang anda.
Bila penjual tandakan siap, anda dapat emel "Barang anda siap untuk diambil". Ambil di tempat dan masa yang anda pilih, atau dihantar.
Dapatkan kod sertai daripada pengurusan komuniti anda, masukkan kod, dan buka kedai dalam beberapa minit: nama kedai, apa yang anda jual dan nombor WhatsApp. Pengurusan komuniti meluluskan kedai anda. Sudah ada kedai online dengan kami? Guna kedai yang sama.
Saya ada kod sertai →Setiap penjual dapat ini bila sertai
25 pesanan pertama percuma, kemudian RM10 untuk 30 hari bagi setiap komuniti
Naik taraf kedai yang sama, bila-bila masa
Tiada apa yang dipindah: produk, pesanan, komuniti dan slot kekal
Lihat JomSupport →Demo akan dibuka tidak lama lagi.
🔒 Komuniti sebenar adalah peribadi: penduduk dapat pautan daripada pengurusan komuniti mereka, dan penjual sertai dengan kod.
Beli dari kita, jual kepada kita.